Friday, February 22, 2019

Resepi Peria Telur Masin

Peria??? Eeeee pahit yg amat. Zila pun x suka makan..hehhee. Tapi ada je yg boleh makan kan.
Tapi pelik kan, bila masak 'PERIA TELUR MASIN' dah jadi fovourite plak. Sampai termimpi2 nak makanπŸ˜…πŸ˜…. Sebelum ni makan kat kedai chinese food jee
Semalam kali kedua zila masak peria telur masin. Rasa cam nak kongsi resepi plak dengan korang semua πŸ’“πŸ’“
'RESEPI PERIA TELUR MASIN'
*bahan-bahan*
Peria
Telur masin
Telur
Tepung gandum
Tepung beras
Seosoning(zila guna yg garlic pepper)
Butter/marjerin
Bawang putih
Daun kari
Cili api
Minyak
1. Potong peria & gaul dengan telur
2. Masukkan peria yg dah digaul dalam tepung (campur kan tepung gandum + tepung beras + seosoning)
3. Panaskan minyak & goreng peria tadi. Ketepikan
4. Sebelum tu rebus dulu telur masin
5. Lepas telur masin masak, ambil kuningnya sahaja, lenyek2 & hancurkan
6. Panaskan sedikit butter/marjerin.
7. Masukkan bawang putih yg ditumbuk, daun kari & kalau nak pedas2, potong coli api masukkan sekali. Sehingga berbau wangi
8. Masukkan telur masin kuning yg dilenyek tadi
9. Dan akhir sekali masukkan peria yg sudah digoreng tadi. Gaul2 sehingga sebati peria & telur masin tu
Then.. ....SIAP πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
ok selamat mencuba yer πŸ˜€πŸ˜€
Adiossss😎😎😎


Thursday, February 21, 2019

Hadiah Hari Guru 2019

Assalamualaikum dan salam Jumaat 😍😍

Hari ni dah tanggal 22 feb 2019. Lagi tak sampai 3 bulan pun utk kita sambut hari guru utk tahun 2019.
Mungkin ada sekolah yg akan meyambutnya awal, sebab 16 may 2019 tu kita dah berada di bulan Ramadhan.
Bila sebut pasal hari guru ni, zila teringat kembali nostalgia di zaman muda dulu.. cewah...sekarang pun masih muda😎😎..hehehee.
zaman2 sekolah rendah, sekolah menengah dulu lah punya citer. Hari guru jer mesti nak bagi sesuatu kat cikgu sekolah.  Siap pujuk Ma utk belikan hadiah. ada yg sampai merajuk2 tau sebab nak beli hadiahπŸ˜‚πŸ˜‚.. ingat balik mmg kelakar lah. kalau zaman2 80an, 90an, standard lah hadiah guru... bunga lah, tuperware lah, bekas pensel lah, tuala pun ada juga..hahaha,, kadang2 tu just bagi
kad jer...nak tunjuk penghargaan buat cikgu.  janji cikgu2 dapat sesuatu dari kita. Janji kita puas hati...

Berbeza pula zaman sekarang ni. Dunia maya kan...senang jer nak cari hadiah. di hujung jari jer.
klik2 jer boleh pilih yg mana kita suka. order online, sampai depan rumah jer. xpayah lah ibu bapa ke mall nak mencari hadiah.  kadang2 tu banyak yg x sesuai, dah habis banyak lagi duit kat sana, masa lagi terbuang. selagi boleh berjimat, kita berjimat kan...

di zaman internet ni, rugilah kalau x ambil peluang berniaga...
sebabkan zila memang buat bisnes printing sekarang ni, bersama2 husband
dan 3 org adik ipar. so idea tu mmg banyak, cuma ada yg jadi dan ada yg tak jer πŸ™Š..hehehee

sempena hari guru ni, zila nak promote sikit produk yg kami buat khas utk hari guru.
FRIDGE MAGNET dan KEYCHAIN.
tak mahal pun, rm20 dah dapat 10pcs
harga tu x penting, yg penting nilai tu..
fridge magnet boleh lekat kat peti ais, hari2 cikgu boleh tengok dan dia akan sentiasa ingat pada pelajarnya
keychin pun sama, banyak kegunaan nya..

dan yg bestnya boleh letak nama anak2 kita tau...
Jomlah parents semua, ajar anak hargai guru2 mereka.
kalau ada yg berminat nak order, terus jer whatsapp zila 0129334428 πŸ’“πŸ’“πŸ’“

HADIAH YG MURAH TAK SEMESTINYA TAK ADA NILAI....
HARGAI GURU, INSYALLAH AKAN MENDAPAT ILMU YG BERKAT..

sekian coretan pagi ni. ADIOSSSS😘😘😘😘









Wednesday, February 20, 2019

Bihun Goreng Singapore

Malam semalam sempat main masak2...masing2 xnak makan nasi, so...terfikirlah utk membuat bihun goreng Singapore ala2 kadarπŸ˜‚..
Okay, ini cara nak memasaknya:
1. Tumis bawang yg telah ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan bahan basah tadi. Gaul sehingga sotong dan fish cake masak. Tambah garam secukup rasa.
3. Masukkan bihun dan gaul sehingga rata. Lepastu tambah black pepper (atas citarasa korang). After that masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga rata.
Okay dah siap! Korang boleh hias dgn bawang goreng ke daun bawang ke, suka hati koranglah. zila malas nak hias2 semua ni sbb dah sedap hehehehe Insya Allah πŸ˜Š
Jangan lupa baca doa dulu sebelum makan tu. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Image may contain: food
Zila guna 2 biji bawang merah besar dgn beberapa ulas bawang putih. zila suka bawang putih lebih sbb lagi syok rasanyaπŸ˜‹πŸ˜‹.. Bawang2 semua ni akak tumbuk dgn lesung sampai lumat. Nak kisar pun boleh, ikut suka hati koranglah.

Image may contain: plant and food
Bawang merah+putih yg dah ditumbuk


Image may contain: food
Then utk bahan basah zila guna sotong dgn fish cake. Nak guna ayam/daging/udang pun boleh tapi zila tak suka campur makanan seafood dgn makanan darat. Ikut sunnah Nabi 😊. Tapi atas citarasa koranglah nak campur ke tak. It's optional.

Image may contain: food
Untuk sayur, zila just guna carrot dgn kubis. Nak campur sawi pun boleh tapi peti ais takde pulak sawi πŸ˜‚πŸ˜‚. Carrot tu zila potong panjang2 and kubis tu potong nipis2 sbb nanti anak zila si Naqib tu tak makan pulak. Tak kisahlah potong macam mana pun janji boleh makan.

No photo description available.
Utk black pepper, zila guna guna yg ni je. Korang boleh jgk guna lada hitam hitam yg biji2 tu tapi akan rasa pedas2 sikit. zila tak guna sbb Naqib tak suka makanan pedas 

Image may contain: food
Inilah hasilnya! Alhamdulillah, satu mangkuk besar ni habis family makan. Tiga kali cik abang tambah. Gumbiranyaa hati zila tengok 😍😍

Selamat mencuba yer uollsss...



Welcome to MyBLOG

Assalamualaikum

Selamat datang diucapkan kepada pembaca2 blog sekalian.
Tujuan utama blog ni utk berkongsi cerita dan secara tak langsung, zila nak memperkuatkan lagi penulisan yg dah lama ditinggalkan.
Semoga kita sama2 mendapat manfaat dari perkongsian yg diberikan 😍😍😍


Me and My Lovely Mum πŸ’“πŸ’“πŸ’“


ROTI SARDIN CELOP TELOR GORENG

Assalamualaikum...Salam Jumaat.πŸ’•πŸ’• Bila ada sedikit masa lapang ni, baru boleh jenguk2 blog. Semalam punya citer, pikir2 nak makan apa e...