Malam semalam sempat main masak2...masing2 xnak makan nasi, so...terfikirlah utk membuat bihun goreng Singapore ala2 kadarπ..
Okay, ini cara nak memasaknya:
1. Tumis bawang yg telah ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan bahan basah tadi. Gaul sehingga sotong dan fish cake masak. Tambah garam secukup rasa.
3. Masukkan bihun dan gaul sehingga rata. Lepastu tambah black pepper (atas citarasa korang). After that masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga rata.
Okay dah siap! Korang boleh hias dgn bawang goreng ke daun bawang ke, suka hati koranglah. zila malas nak hias2 semua ni sbb dah sedap hehehehe Insya Allah π
Jangan lupa baca doa dulu sebelum makan tu. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Zila guna 2 biji bawang merah besar dgn beberapa ulas bawang putih. zila suka bawang putih lebih sbb lagi syok rasanyaππ.. Bawang2 semua ni akak tumbuk dgn lesung sampai lumat. Nak kisar pun boleh, ikut suka hati koranglah.
Bawang merah+putih yg dah ditumbuk
Then utk bahan basah zila guna sotong dgn fish cake. Nak guna ayam/daging/udang pun boleh tapi zila tak suka campur makanan seafood dgn makanan darat. Ikut sunnah Nabi π. Tapi atas citarasa koranglah nak campur ke tak. It's optional.
Untuk sayur, zila just guna carrot dgn kubis. Nak campur sawi pun boleh tapi peti ais takde pulak sawi ππ. Carrot tu zila potong panjang2 and kubis tu potong nipis2 sbb nanti anak zila si Naqib tu tak makan pulak. Tak kisahlah potong macam mana pun janji boleh makan.
Utk black pepper, zila guna guna yg ni je. Korang boleh jgk guna lada hitam hitam yg biji2 tu tapi akan rasa pedas2 sikit. zila tak guna sbb Naqib tak suka makanan pedas
Inilah hasilnya! Alhamdulillah, satu mangkuk besar ni habis family makan. Tiga kali cik abang tambah. Gumbiranyaa hati zila tengok ππ
Selamat mencuba yer uollsss...
No comments:
Post a Comment